'I don't know what to talk about'
What kind of music I listen to?
-I don't have any specific preference. If it suits me, then it suits me.
What kind of person I am?
-It depends. If you are nice to me, then you can see my good side.
What is your hope for the future?
-For my parents to leave this world with no regret knowing they had raised me well.
Friday, December 21, 2012
untitled is a title
Posted by han1s at 2:56 PM 0 comments
Tuesday, December 18, 2012
trouble
alahai~
hajat hati nak sambung projek dengan kai dan yang lain-lain.
tapi ada masalah la pula bila nak buat akaun baru untuk blog.
adoi.
Posted by han1s at 8:04 PM 0 comments
Friday, December 7, 2012
what happened?
nak dekat sebulan tak menulis.
ini pun mula tulis kembali sebab diminta sahabatku si suesue soya.
projek dengan kai pun tergendala.
this is me.
i can be so meticulous in planning.
and i can be so lazy to work the plan.
haish~ sori kai and the rest.
p/s : let's get it started!
Posted by han1s at 9:59 PM 2 comments
Sunday, November 11, 2012
Old Story
today I'm feeling blues a little bit.
so skip on reading if you don't want to vomit.
here we go~
the feeling is real
if only it was mutual
force you,I won't
like me,you don't
I thought we will be together
and I will love you forever
from my eyes,please go away
in my heart,please don't stay
p/s : if you are reading this,I must admit. It's not easy to forget you.
and to other readers who make it till the end,don't judge me by this post.
Posted by han1s at 9:29 AM 1 comments
Sunday, November 4, 2012
KickStart
on a more serious matter, the past 2 week is a turbulant week for me.
first, I have been called 'LEMAH' because I wasn't able to recognize the finding in one of the patient.
second, during exam I was awarded 'BAD'. doesn't matter,my physical examination technique sucks anyway.
third,I have unlock achievement for 'VERY WEAK LEADER'.
in summary, I have gone from LEMAH to BAD to VERY WEAK.
that's it. that is it.
p/s : not that I am gonna do anything extraordinary.just a little bit of lifestyle modification. =)
Posted by han1s at 7:40 PM 0 comments
Tuesday, October 16, 2012
i need help
I spend a lot of time sitting in front of my laptop study wasting my time.
Posted by han1s at 11:49 PM 10 comments
Project : Rewind
Allah..
How I wish I can rewind my life
I want to remove all the bad part
leave it rot somewhere else
today I have decided.
I will do my best to copy my matriculation life.
because i think that is the best time of my life.
i know,we should look up ahead for what's coming instead of keep clinging on to the past.
but seriously I think my past is the best example to follow.
Posted by han1s at 12:23 AM 0 comments
Monday, October 15, 2012
lost
i am lost for word.
right now.
is this what I want in my life?
I don't know.
Posted by han1s at 11:24 PM 0 comments
Wednesday, October 10, 2012
Harapan
masih terlalu awal untuk pilih bidang apa yang mahu dikhususkan nanti.
tapi tak salah kalau kita dah ada draf tentangnya.
sebab ini adalah apa yang kita mahu dengan masa depan kita.
gagal merancang merancang kegagalan.
Maka,mengikut turutan :
1. Kulit
2. Jantung
3.?
eh kenapa sampai 3?
"sebab tak semua yang kita inginkan kita akan dapat. so just have a backup plan" - kata Professorku~
p/s : jom buat apa yang patut~
Posted by han1s at 11:27 AM 0 comments
Sunday, October 7, 2012
Jujur
dengan masalah
Posted by han1s at 9:39 PM 0 comments
Labels: puisi 50
Saturday, September 29, 2012
reminiscing
i admit.mistake, i have commit.
approach your wali. the right thing to do.
instead of going straight after you.
but at that time i was too naive. just hope you can forgive.
but then time passes,feeling changes.
if we are meant for each other, we will be together.
Posted by han1s at 11:12 PM 4 comments
Labels: puisi 50
Thursday, September 20, 2012
tiada tajuk
it's amazing.
how just a split second your life can turn out.
i'm happy at 6.01 and i'm upset at 6.02.
forgive me for exaggerating that.
i just meant to show that you can never expect what will come next in your life.
so, cherish every moment in your life before they perish~
Posted by han1s at 12:11 AM 0 comments
Saturday, September 15, 2012
~Alhamdulillah~
alhamdulillah. mak dah lembut sikit.
lagi setahun insyaAllah bertunang. =)
dengan syarat : 5A dari 6 posting yang ada.
siapa yang tetapkan syarat?
aku sendiri.untuk cabar diri sendiri~
Posted by han1s at 4:48 PM 3 comments
Wednesday, September 5, 2012
malam
jika hati ini masih bergetar,
adakah maknanya cinta itu masih tidak pudar?
salahkah jika harapanku masih bersinar?
p/s : kalau kita cinta pada seseorang,kita takkan mampu menatap mata dia.
aku bukan nak jiwang sangat,tapi ini apa yang aku rasa.
andai kita tak ditakdir bersama,kenangan ini tetap akan hidup.
Posted by han1s at 11:06 PM 0 comments
Tuesday, September 4, 2012
ehem~
ini bukan benda baru
rasanya semua orang pun dah tahu
agak mustahil untuk baca sesuatu itu sekali dan terus hafal untuk saki baki hidup anda.
ulang,ulang dan ulang.
kejar ilmu~
motivasi di kala peperiksaan
Posted by han1s at 9:45 PM 0 comments
Monday, August 27, 2012
abah,you are such a wonderful person in my life
mak,mak wanita yang hebat.
tak dapat rasanya bayangkan dunia tanpa mak dan abah.
tuk meninggal waktu mak 23 tahun.sekarang mak 61 tahun.macam mana mak lalui semua hari-hari tu?
atuk meninggal waktu aku 5 tahun. macam mana abah hidup 16 tahun tanpa ayah?
p/s : aku sedang hujan
Posted by han1s at 6:38 AM 0 comments
Saturday, August 25, 2012
Ramadhan
Ramadhan
aku pandang sepi
realiti yang mengetuk hati
manusia itu bermacam ragamnya
terlalu ghairah mahu beraya
hingga seakan menghalau Ramadhan
yang dalam setahun cuma sebulan
aku teruskan langkah
ku saksikan roh Ramadhan makin lelah
inkah yang akan diwariskan
kepada generasi masa hadapan?
aku tidak tahu
mungkin kau boleh beritahu.
Posted by han1s at 2:37 PM 0 comments
Labels: puisi 50
Saturday, August 18, 2012
sudah cukup sudah
kita hidup dunia realiti.
Posted by han1s at 1:55 PM 0 comments
Labels: puisi 50
Friday, August 10, 2012
seketika itu #1
ok. nak mulakan edisi baru. di bawah tajuk seketika itu, saya akan memaparkan kenangan-kenangan hidup saya yang saya ingat. oh ya,tak ikut kronologi.
aku seorang pelari.
aku tak suka lama-lama dalam satu perkara.kecuali bermain.
belajar,makan,beli-belah(ditambah pula fakta aku ini lelaki).
apa sahaja.
maka,aku selalu lari kalau keluarga aku gunakan masa yang lama dalam satu-satu perkara.aku masih kecil waktu itu,maka haruslah tak dapat beza perkara itu penting atau tidak.
di majlis konvokesyen ahli keluargaku, sebaik sahaja boleh keluar dewan,aku berlari menuruni tangga.
tapi tok sempat pegang tangan aku.
di kedai apa aku tak ingat,sebab dah bosan,aku berlari menyeberangi jalan.(sila faham bahawa waktu itu tiada kempen suruh lihat kiri kanan kiri sebelum lintas). hanya beberapa saat memisahkan aku dengan kemalangan.
ini kenangan.bila ingat kembali,rasa nak gelak ada,rasa nak marah dengan diri sendiri pun ada.
p/s : :)
Posted by han1s at 12:59 AM 0 comments
Saturday, August 4, 2012
hewhew
makin lama makin tak tahu apa yang nak ditulis.
Posted by han1s at 10:22 PM 1 comments
Tuesday, July 31, 2012
underachievers
i am now still young.
Posted by han1s at 1:27 AM 0 comments
Friday, July 27, 2012
bangun
rawak.antara perkara yang paling aku cuba elakkan adalah disuruh orang untuk mengejutkan dia bangun dari tidur. kita kejut dan dia tak bangun. bila dia bangun dia tanya kenapa tak kejut. oh mak,sekarang saya faham perasaan kamu sewaktu saya kecik dahulu~
Posted by han1s at 12:47 AM 0 comments
Saturday, July 14, 2012
kereta
aiseh.hari ini bawa kereta secara nakal lah pula.
tapi salah awak juga.eh,ke awak tergesa-gesa sebab isteri mahu bersalin? macam tak sahaja.
potong satu-satu boleh tak?
nak potong dua kereta sekaligus.
maaf,saya tak akan biarkan.
eh tapi bukan saya tak risau ok.
takut juga kalau awak kemalangan.
tapi saya perlu ajar awak.
ahhhh~
p/s : saya tak kenal pun 'awak' dalam cerita di atas. dia lelaki. saja guna 'awak', sebab kalau guna 'kau' nampak macam marah. :D
Posted by han1s at 12:48 PM 0 comments
Wednesday, July 11, 2012
semester baru
ok.rasanya akan mengikut seperti yang dirancang.
lihat semua.
buat yang penting.
think.act.be.
smart.
insyaAllah~
Posted by han1s at 9:21 PM 0 comments
Monday, July 9, 2012
ilmu
aduh~ saat yang menyentapkan tadi~ bila dekan kata "siapa yang pernah dapat A dalam mana-mana ujian/peperiksaan dari tahun pertama hingga sekarang,sila bangun" . dan,aku tak bangun. bukan sebab tak nak riak. tapi sebab memang tak pernah dapat A. aduhai~
bukan tak pernah usaha. sehabis mampu usaha,aku dapat B.
bukan,bukan aku tak bersyukur.
dalam Islam,syukur itu dituntut tapi itu tak lah bermakna aku tak perlu usaha untuk dapat yang terbaik.
kan?
aduh.
kenapa tak boleh ulang kejayaan macam disekolah dan di matrik?
entahlah.
kalau nak senaraikan punca kegagalan mungkin banyak.
jadi aku rasa lebih baik aku senaraikan punca kejayaan.
1.Kecerdasan
2.Semangat/tamak
3.Sabar
4.Harta
5.Petunjuk & bimbingan guru
6.Dalam jangka waktu yang panjang
huraiannya di sini atau sini~
Posted by han1s at 9:50 PM 2 comments
Saturday, July 7, 2012
pengalaman
alhamdulillah~ jauh berjalan luas pemandangan bertambah pengalaman mengertikan kehidupan~
syukur,setelah baru-baru ini ke Johor, maka lengkaplah semua negeri di semenanjung telah ku jejaki~
dan kini aku mencari erti baru~
Pantai Timur : 3 negeri,28 daerah keseluruhan
Utara : 4 negeri,31 daerah keseluruhan
Selatan : 3 negeri,22 daerah keseluruhan
Tengah : 1 negeri,1 wilayah,9 daerah keseluruhan
erti baru yang aku ingin temui adalah menjejakkan kaki ke semua daerah dalam setiap negeri~
"kenapa semangat sangat nak jalan jauh-jauh?"
entah.
p/s : duit dan kamera
Posted by han1s at 5:47 PM 0 comments
Thursday, July 5, 2012
year 4
alhamdulillah~ made it to year 4. thank you Allah~
as usual,will start with a new spirit~
hopefully this time I'm gonna achieve the excellence~
Posted by han1s at 4:38 PM 2 comments
Wednesday, July 4, 2012
singapura
baru pulang dari singapura~
Posted by han1s at 9:58 PM 2 comments
Wednesday, June 27, 2012
perihal
hai semua.nak cerita ni.
aku pakai telefon jenama CSL.buatan Malaysia. BUATAN MALAYSIA.
eh kenapa tulisan besar? marah ke?
taklah.cuma nak jelaskan sedikit.hehe.
oh ye,aku selesa guna telefon ni.SELESA.tak marah ok
perlu ke aku beli mephone, samsing atau telefon jenama lain yang mahal-mahal semata-mata nak nampak terkini dan nak masuk dengan grup manusia?
tak perlulah sayang oit.canggih macam mana sekalipun sesuatu barang,memang telah diciptakan dia untuk rosak.betul?
kereta yang tiap-tiap hari guna vs kereta yang ditinggalkan selama 15 tahun dan ingin digunakan kembali.
dua-dua akan rosak kan?
maka adakah tak boleh nak beli mephone dan samsing?adakah haram? haa?
boleh.tak haram pun.kau beli dan tak perlu nak suruh orang lain beli,tak perlu jadi tukang promosi tak berbayar.
kan?
p/s : if you have a question for me,what will that be?
Posted by han1s at 11:40 PM 5 comments
Thursday, June 21, 2012
bridge
sangat suka~
sebab dah berbaik semula~
bergelak ketawa~
hati gembira~
p/s : dah baik semula dengan kawan yang gaduh-gaduh hari tu~ :D
Posted by han1s at 12:47 AM 2 comments
Tuesday, June 19, 2012
selamat datang
mati mungkin esok mungkin lusa
Posted by han1s at 7:08 PM 0 comments
Labels: puisi 50
Monday, June 18, 2012
Saturday, June 16, 2012
buruk
saya tiada hobi yang banyak~
Posted by han1s at 9:40 PM 0 comments
Wednesday, June 13, 2012
bagaimana menghargai ibu
dulu waktu kecil aku pernah terfikir. boleh ke kalau nak buat dua kerja sekaligus?
tapi orang tua kan.mereka nak tengok kita hidup senang.tak susah macam mereka.
maka aku tak boleh jadi ahli magis.
mungkin betul,kalau kita buat apa yang kita minat maka perkara itu jadi lebih mudah,lebih seronok dinikmati.
dan hidup ni tak lama.maka perlu gunakan kesempatan yang ada semaksimanya.mak tak mengapalah. demi ibu yang sanggup tak makan nasi 9 bulan selama aku di dalam kandungannya,aku sanggup lepaskan apa yang aku minat~
p/s : eh 'menyentuh' pula kali ini.
Posted by han1s at 10:31 PM 2 comments
Monday, June 11, 2012
seemingly so
born into the world.
once you put your step,looks like there's no turning back.
life is a race.
be slow and be sure to lose.
pity.what a pity.life is suppose to be enjoy by the precious mind.
but due to the race,life is not fun anymore.
maybe 3 Idiots sums it better than I do~
Posted by han1s at 9:13 PM 0 comments
Saturday, June 9, 2012
??
maybe i am the one that is lumpy here but to those who understands, do enlighten me. When someone tells us that their friends/family had died/is sick at facebook status, why the heck a person press the 'like' button? What's that supposed to mean? They like it now he's dead? what is the meaning of the 'like'?
Posted by han1s at 9:18 PM 3 comments
Thursday, June 7, 2012
jangan
iman makin lelah
jiwa makin parah
hati keluh kesah
tiada lagi senyuman indah
hanya tangisan berdarah
iman rebah
jiwa gundah
hati susah
tiada lagi nikmat beribadah
hanya maksiat bertambah
duhai iman jangan pergi
duhai jiwa mari kembali
duhai hati usah ke tepi
bersam kita mencari
sinar rahmat Ilahi
Posted by han1s at 9:44 PM 0 comments
Labels: puisi 50
Wednesday, June 6, 2012
peduli
mula-mula nampak macam seronok.
tapi hakikatnya tak.
tapi hakikat tu mungkin aku yang nampak.
berdua.boleh mesra-mesra.manja-manja.
tapi lama-lama serabut.selalu kena buat laporan.
kena kacau waktu baru nak suap makan.
ini kalau dia perempuan.
nak buat kerja lain tak jadi.
malas bila nak stadi.
ini kalau dia lelaki.
tahnia kepada aku sebab seorang~
p/s : wahahaha~
Posted by han1s at 12:09 AM 4 comments
Labels: puisi 50
Sunday, June 3, 2012
sebab
Watak
Posted by han1s at 9:40 PM 4 comments
Friday, June 1, 2012
selamanya
tak semua yang kita rasa mampu kita luahkan
walau kita sangat-sangat nak luahkan
tak semua yang kita lakukan dapat kita justifikasikan
walau kita sangat-sangat nak justifikasikan
walau datang berbagai dugaan
hidup harus diteruskan
selagi hayat dikandung badan
teruskan mencari kegembiraan
hapuskan segala kesedihan
padam semua kepahitan
p/s : mari bercuti~ :D
Posted by han1s at 12:34 AM 0 comments
Labels: puisi 50
Sunday, May 27, 2012
sandarkan pada kenangan
hari ini mahu deep thinking. sebelum itu,mahu minta maaf jika saya guna bahasa rojak dan tidak baku kali ini.
aku? entahlah~
Posted by han1s at 8:33 PM 2 comments
Friday, May 25, 2012
jika
in case one day you forgot who you are or what you have become,remember this :
your name is Han1s.
you were born in October 1991.
the rest of the data is in your flash drive~
this just serves to remind you~
Posted by han1s at 3:43 PM 0 comments
Thursday, May 24, 2012
syukur~
alhamdulillah~
lulus peperiksaan untuk paediatriks, O&G dan pembedahan~
maka sekarang perlu fokus pada yang gagal dahulu itu~
:D
Posted by han1s at 7:13 PM 0 comments
Saturday, May 19, 2012
rawak
bahagia itu
akan kita jumpa
akan kita miliki
insyaAllah~
Posted by han1s at 11:33 PM 0 comments
selepas ini~
maka peperiksaan pun berakhir. tanpa terlalu memeningkan kepala memikir apa mahu buat,kaki diayun langkah diatur,ke shah alam destinasi. nasi lemak jati makan di tasik sangatlah bermakna.lebih-lebih lagi bersama rakan-rakan. apa selebihnya lepas periksa? entah.tunggu keputusan dahulu~
Posted by han1s at 3:07 AM 5 comments
Friday, May 4, 2012
stigma
beberapa hari yang lepas,saya telah mengikuti kursus kahwin~ bukan nak menggatal,saja nak siap awal-awal~ dan saya duduk di sebelah seorang abang~ kursus itu untuk dua hari,dan pada hari kedua,abang itu masih duduk di sebelah saya.adalah dalam satu slot ceramah tu, penceramah menanyakan kepada beberapa orang apakah gelaran yang diberikan kepada pasangan masing-masing.saya yang tiada pasangan maka saya jawablah tiada. abang ini akhirnya menanyakan,benarkah saya tiada pasangan? jika tiada mengapa datang ke kursus itu? dulu-dulu saya juga berfikiran seperti itu. eh perlu ada pasangan dulukah baru boleh pergi? bukan begitu rupanya. dan itulah stigma. sesuatu yang dipercayai oleh kebanyakan ahli masyarakat.walaupun sebenarnya tidak termaktub di mana-mana kitab~ stigma jangan sampai mengabui perkara sebenar~ itu saja~ p/s : musim peperiksaan~ entri ke blog akan dihentikan~ minta didoakan~ :D
Posted by han1s at 1:46 AM 0 comments
Wednesday, May 2, 2012
alhamdulillah~ Allah is the one that allow it to happen~ i'm so grateful to keep the tradition alive~ pergi pesta buku yang sekali setahun~ hari ni dapat jumpa 3 ilmuan serentak~ Alhamdulillah~ :D
Posted by han1s at 12:13 AM 0 comments
Saturday, April 28, 2012
entah
adoi.aku memang selalu diuji dengan persoalan hubungan.entah kenapa.bukan,bukan aku nak mengeluh. ceritanya,aku dan teman bilik dah 5 hari tak bercakap.tak siapa salah.aku tak,dia pun tak.secara tiba-tiba kesenyapan ini terjadi.maka,aku telah membuat inisiatif.aku dah hantar mesej.dia buat tak kisah.aku tanya apa aku salah,dia cuma angkat bahu.adoi~ bagaimana lagi ni?
Posted by han1s at 12:48 AM 3 comments
Wednesday, April 25, 2012
emosi
ajaib~ kita tahu tarikh lahir tapi tak mungkin tahu tarikh akhir sedih~ kita Islam tapi imej diri makin tenggelam resah~ tahu kiamat sudah dekat tapi lengah-lengahkan taubat malu~ jangan suruh resahku menari jangan suruh sedihku pergi biar takutku yang menenggelami
Posted by han1s at 12:36 AM 0 comments
Saturday, April 21, 2012
Thursday, April 19, 2012
rant
waktu kecik tiada yang menjadi kerisauan
main sini sana itulah hidup seharian
penuh gurauan
tiada penyesalan
tapi bila dah besar banyak pula beban
sampai tak tertanggung dek badan
mengeluh aku bukan
hanya ingin menanyakan
dunia yang indah itu ke mana wahai kawan?
berselindung di balik awan?
atau hilang ditelan kegelapan?
kegelapan yang datang dari hati manusia yang penuh kealpaan
kikir dengan nikmat dari Tuhan
demi sebuah pembangunan
dihalalkan segala pencerobohan
hatta yang diceroboh hutan
yang patutnya jadi warisan
kita tidak memiliki bumi ini sila ambil perhatian
kita hanya meminjamnya dari generasi masa hadapan
mood : pencemaran alam sekitar makin merisaukan. tapi hati yang tercemar lebih aku tumpukan.
Posted by han1s at 11:50 PM 0 comments
Labels: puisi 50
Tuesday, April 17, 2012
akhirnya
aku lepaskan perasaan suka aku pada dia.
kerana yang harus aku cinta sebenarnya adalah DIA.
aku suka dia.
tapi aku takut murka DIA.
akhirnya~
cinta diam-diam
semoga tak terbenam
suka sunyi-sunyi
semoga diredhai~
Posted by han1s at 12:42 AM 3 comments
Sunday, April 15, 2012
imbau
artikel kali ini dikreditkan kepada - Siti.
mari berkata mengenai nama. tiada siapa yang memilih namanya sendiri.
semuanya diberi oleh ibu dan ayah.kan?
itu kalau nama sebenar.nama samaran/timangan/panggilan pula,terserah kepada kekreatifan sendiri.
Nama gelaran saya? Mechan
Macam mana boleh dapat? dari kawan.
Macam mana terhasil? Mari aku ceritakan.
Alkisah dahulu aku adalah pelajar junior kepada senior.Mereka kata suara kartun Shin Chan yang telah dialih-bahasa kepada bahasa Melayu serupa dengan suara aku.Dan kemudian sewaktu Tingkatan 3 ada kelas malam. Aku dan rakan sekelas pun pergi ke tandas asrama dan kemudian terjumpa senior itu yang kemudiannya memanggil aku Shin Chan.Mulai dari itu aku dapat nama baru.Kemudian adalah seorang hamba Allah yang kreatif ni.gubah sikit dari Shin Chan.ada 2,dan aku pilih Mechan.itu saja~ :D
p/s : maaf tulis panjang-panjang~
Posted by han1s at 4:08 PM 6 comments
Saturday, April 14, 2012
maaf
ok entri ini terhasil setelah 5-6 baris ditulis dan dipadam.
kenapa,kita yang menganggap diri dewasa ini sukar meluahkan kata maaf?
walau salah kita.walau silap kita.
ego? atau sengaja buat 'dono'?
jangan.walau orang yang kita buat silap itu tak kata apa-apa.tak tunjuk reaksi apa.
kita tak tahu dalam hati dia macam mana.
dan juga,kalau kita ditakdirkan 'pergi' tanpa sempat meminta maaf,maka apa yang kita tinggalkan untuk dikenang bukanlah legasi bermakna
mungkin sebab aku minat psikologi.
sebab itu selalu cakap pasal emosi.
tapi aku serius,aku lihat ramai orang buat salah(buat dengan orang lain,bukan dengan aku)
tapi tak nak mulakan langkah.
p/s : kepada mereka yang ada buat salah dengan orang lain,belajarlah berani meminta maaf.dan kepada yang menjadi mangsa pula,berhati besarlah untuk memaafkan.
p/s #2 : ini bukan pasal aku.rawak~
Posted by han1s at 12:02 AM 2 comments
Wednesday, April 11, 2012
perspektif
sudut yang berbeza maka apa yang dilihat juga akan berbeza.
marah ibu bapa.
dilihat anak sebagai benci.
dilihat ibu bapa itulah cinta,
nasihat sahabat.
dilihat diri sebagai dengki.
dilihat sahabat itulah kasih.
teguran guru.
dilihat dia sebagai membebel.
dilihat guru itulah sayang.
tapi,
bagaimana jika marah,nasihat dan teguran itu tidak tepat?
itu gunanya akal.tapi jaga2 dengan mulut.
semoga akal menilai.dan jika tidak tepat,jangan dilawan.hormat~
Posted by han1s at 9:42 PM 2 comments
Tuesday, April 10, 2012
sewaktu dahulu
perkara-perkara yang 'osem' waktu kecil-kecil~
1.main hujan
2.dapat makan dekat luar
3.tunggu posmen datang hantar surat
4.tengok lori sampah meranapkan sampah-sampah
5.tengok KLCC dari dalam bas sewaktu ikut rombongan sekolah
6.bila keluarga bawa pergi jalan-jalan terutamanya ke Kuantan
sekarang?
Posted by han1s at 12:39 PM 0 comments
Saturday, April 7, 2012
satu dalam ramai-ramai.
umat Islam di dunia sekarang ini ramai.
jika ditambah pula dengan yang telah hidup sewaktu zaman Rasulullah S.A.W maka makin bertambah ramai.
aku Islam.kau Islam.di luar sana ada orang Islam.maka,bagaimana mahu buat Rasulullah S.A.W kenal kita?kita satu di dalam ramai.
analoginya seperti kau berada di padang rumput.semua sama,maka bagaimana mahu pilih rumput itu? tentulah yang akan dipilih itu rumput yang ada nilai tambah atau lebih menonjol.
persoalannya,apa nilai tambah kita sekarang?
syahadah ucap sekali tak sekala.
solat tak khusyuk.
puasa sekadar berlapar dan dahaga.
zakat pun tak pernah keluar sesen lagi.
haji pun tak pernah pergi.
maka apa nilai tambah kita?
p/s : semoga Rasulullah kenal & mengaku aku,kau mereka adalah umatnya~
Posted by han1s at 7:41 PM 0 comments
Friday, April 6, 2012
satu nak lawan
macam mana nak sentap dengan sang penyentap?
ok2,ini bukan kisah emo dalam hidup saya.tapi saya mahu ajukan soalan ini kepada anda-anda semua.hahaha~
kita ada kawan.kawan kita itu dikutuk ramai kerana kesentapannya.tapi sebagaimana manusia biasa,dia juga mampu menyentapkan orang lain.faham setakat ini?bagus~
jadi sekarang,saya tanya,jika sang penyentap itu membuatkan kita sentap,er macam mana nak hadapi? :D
p/s : kebelakangan ini saya asyik hantar artikel mengenai perangai manusia.ini semua bukan kerana saya nak kata saya sempurna.tapi saya mahu pandangan orang tentang bagaimana nak menjalin hubungan yang aman damai dengan semua orang tak kira apa perangai mereka~ ;)
Posted by han1s at 10:33 PM 0 comments
satu lawan satu
mari-mari.saya ada cerita yang ingin dikongsi.
dalam kalangan kawan-kawan yang kita ada,pasti ada yang bersifat 'aku-betul-semua-kau-jangan-bantah'.betul tak?
opps.jangan berhenti baca,saya bukan ingin cerita betapa emonya saya dengan mereka yang berperangai sebegini.
saya ada dua kawan yang berperangai sebegini.dan pada satu hari,pendapat mereka bertembung.boleh bayangkan tak?biasanya kalau bertemu dengan orang lain,orang lain akan mengalah.tapi bila yang bertemu ini saling tak mengalah,maka memang menariklah.
ok itu saja.
p/s : jahatnya saya sebab suka tengok orang berbalah.hahaha~
Posted by han1s at 12:16 AM 6 comments
Wednesday, April 4, 2012
dilema
dah lama tak tulis puisi.nah satu.
hidup tanpa mengingati DIA
adalah kehidupan yang sia-sia
semua orang akan mati
tapi berapa ramaikah yang mengerti
bahawa mati itu bukan pengakhiran
sebaliknya sebuah permulaan
menuju syurga bahagia
atau neraka sengsara
p/s : aku susah nak faham dan susah nak bagi faham jika secara lisan.sebab itu aku gunakan medium penulisan~ :D
Posted by han1s at 11:40 AM 0 comments
Labels: puisi 50
Monday, April 2, 2012
semula
alhamdulillah.dah cukup sebulan tempoh rehab.syukur kepada Allah.walaupun rasanya tak macam dah sembuh sepenuhnya,tapi sekurang-kurangnya dah ada perubahan sedikit.
orait.kalau kamu cari di arkib blog ni,kamu akan mendapati sesuatu.blog ini tidak pernah meletakkan gambar.baiklah,hari ini saya akan pecahkan tradisi itu.
apa yang kamu mula-mula akan nampak? klise kan? sebab semua orang pun dah tahu tentang gambar ni.
satu kesilapan adalah lebih jelas dan menonjol di mata yang melihat berbanding sepuluh kebaikan~
sheesh~
Posted by han1s at 7:13 AM 3 comments
Friday, March 2, 2012
rehab
i need a month or 2 to enter a rehab session.clearly i need to get hold of myself,so see you in a month time,okie doki~
Posted by han1s at 1:59 AM 1 comments
Wednesday, February 29, 2012
setahun
28.2.2010 adalah tarikhnya saya mula mengasingkan Hanis Mechan dari laman sosial.dan semalam adalah ulangtahunnya yang pertama.semoga dapat berkekalan untuk 4 tahun 4 bulan yang seterusnya.rasa seperti mahu meraikan.atau mungkin tidak.oh ye,bagi sesiapa yang lahir pada 29 hb Februari tak kisah apa tahun sekalipun,anda adalah muda okeh.4 tahun sekali baru hari ulangtahun kelahiran anda.
Posted by han1s at 12:31 AM 2 comments
Sunday, February 26, 2012
surat kepada anak
beberapa waktu yang lepas,terjumpa beberapa artikel bertajuk 'surat untuk bakal suamiku','surat untuk bakal isteriku'. lalu aku terfikir untuk menulis surat kepada anak. ok la tu(kut).
anakku,ketahuilah bahawasanya ayahmu ini masih lagi belajar mengenai kehidupan ini. masih banyak ruang yang belum ayah terokai.biarlah ayah bersusah-susah demi kebahagiaan kamu.kegembiraan kamu,kegembiraan ayah jua.
anakku,ayah tak pandai berenang.tidak mengapa,akan ayah cuba untuk belajar.sebab ayah tahu,satu hari nanti pasti kamu akan mengajak ayah untuk mandi-manda berkelah bagai.biarlah ayah belajar sekarang supaya kamu gembira nanti.
anakku,ayah tak pandai sangat dalam hal penyelenggaraan kereta.tidak mengapa,ayah akan cuba belajar.sebab ayah tahu,satu hari nanti pasti kamu akan mengajak ayah untuk pergi bercuti.biarlah ayah belajar sekarang supaya nanti dapat menyenangkan kita jika kereta rosak.
anakku,ayah akan carikan kamu ibu yang rajin dan pandai memasak.suapaya nanti kita tak perlu selalu makan di restoran dan membazirkan waktu kita.
ayah juga akan carikan kamu ibu yang kuat pegangan agamanya dan luas praktikalnya, supaya dia dapat menolong ayah membentuk kamu.
tapi yang lebih penting,duhai anakku,
ayah TAK LAH PANDAI SEMUA bab dalam bidang AGAMA.biarlah ayah belajar sekarang,kerana hanya agama yang akan memacu kita menjadi manusia unggul.
sekian untukmu,anakku.
p/s : okeh,ayah bukan nak menggatal ye anakku~
Posted by han1s at 7:52 AM 4 comments
Tuesday, February 21, 2012
good changes
ok,tak nak cakap banyak.tapi blog sini dah banyak berubah sejak kali pertama aku baca.dah ultra-lawa dah(pada aku la).
she's a good friend of mine,since we being outta matrix~ a job well done~ oh saya tak dapat komisen untuk promosi blog dia ye~
Posted by han1s at 3:45 PM 2 comments
benar yang payah#2
oh hari itu saya ada buat post versi bahasa inggeris.. klik sini.. hari ini masih mengenai tajuk yang sama,tapi versi bahasa melayu~
mesej tak mesti berbalas
jangan,jangan harap yang setiap mesej kita hantar kepada orang lain akan berbalas. kadang-kadang anda akan berasa,"eh,nombor itu wujudkah atau rekaan?"
p/s : dalam berkawan,kita perlu besarkan hati kita,kadanag-kadang besar tahap hepatomegaly.ok tak lawak.semua tingkah laku kawan-kawan kita,kita kena faham.tapi bila tingkah laku kita tiada ynag memahami,telan sahajalah~
~saya tidak emo,serius~
Posted by han1s at 3:30 PM 0 comments
Monday, February 20, 2012
hard truth#1
ok.for days to come,let's learn a few hard truth in our life~ please be rest assure that I am not emo,angry or whatsoever.just wanna share~
asking for help
well,it is 'asking' right? so the answer might not always be 'yes' right?
I am damn right!!
maybe you had help all the people in the world.but sometimes,when you want for someone to help you,they might simply said no.simply said no.without hesitation.without even thinking about it.
p/s : jangan terlalu bergantung pada sesama manusia. doa banyak-banyak pada Allah~
Posted by han1s at 12:18 AM 2 comments
Sunday, February 19, 2012
bahagia
ada yang kata,jangan kerana seorang manusia yang marah/buat kita sedih,kita terus kecewa.kerana katanya di dunia ini masih ada berbilion lagi yang mampu buat kita tersenyum.
eh tapi baru hari ni aku terfikir,bagaimana kalau yang mampu membuat kita tersenyum itu adalah manusia ke 7 bilion? takkan nak cari satu-satu kut.
lepas tu baru aku sedar,kebahagiaan itu adalah dengan bahagianya jiwa.dan,untuk membahagiakan jiwa,tentunya dengan mengingat DIA~
Posted by han1s at 10:18 PM 0 comments
Tuesday, February 14, 2012
dan sebenarnya
dan sebenarnya,banyak benda aku nak cakap.eh,tulis dekat blog ini.tapi,aku fikir dua tiga langkah ke depan.jadi,banyak benda yang ada di fikiran aku tu aku biarkan je terpendam.oh,masa tulis ni pun aku terpikir nak padam jugak~ huahuahua~
Posted by han1s at 8:07 PM 4 comments
Thursday, February 9, 2012
jumud
dalam dunia yang pembaharuan datang berombak-ombak,jumud sememangnya perlu ditolak.
tetapi,pembaharuan jangan sampai menimbulkan kecelaruan.
~currently reading Mengemudi Bahtera Perubahan Minda by Dr MAZA.yep,i know.ramai yang kata dia Wahabilah,itulah,inilah.tapi,bukanlah sikap yang baik apabila kita membuta-tuli menentang tanpa melihat dulu apa yang cuba disampaikan~
Posted by han1s at 9:42 AM 0 comments
Thursday, February 2, 2012
aiiishh
gila!! payah betul kalau duduk serumah dengan orang yang cerewet dan kerjanya nak menilai kerja orang lain je~ baik kau tanya kenapa tak cuci lubang air,kenapa tak cuci lampu tandas tu,baik kau tanya kenapa tak cat tandas tu~ gila~ is it because I gave in too much before people sees me as their vulnerable target? yang boleh sesuka hati nak dilepas tantrum? botak kau~ aku tak melawan,sebab tu bukan sifat aku~ tapi jangan naik atas kepala aku la weh~
Posted by han1s at 12:54 AM 6 comments
Tuesday, January 31, 2012
kisah hati
tajuk jiwang.orangnya tak.
"ko rasa aku patut clash x?" - tertera mesej ini di telefon.
maka di sini saya menjawabnya.(dengan pengetahuan saya ini yang bukan ustaz,bukan lebai,cuma kawan).
apa jawapan yang pasti? relatif.kerana jawapan itu saya akan bagi bergantung pada situasi.
1.PATUT CLASH
jika kau dah mampu kahwin,tak perlu tunggu lagi.
nota kaki : jangan jadi lembap.sila faham sendiri mampu itu melingkupi banyak aspek.
2.TAK PATUT
jika kau yakin clash itu akan menyebabkan dia bunuh diri dengan menelan pil berdos-dos atau mencipta rekod dengan terjun bangunan yang tinggi.dan jangan tunggu lama-lama,siapkan diri,kahwin bila mampu~
3.IKUT SUKA KAU LA
ini,em,ikut suka kau la.
p/s : nak tambah apa-apa? silakan~ :)
Posted by han1s at 9:57 PM 0 comments
Thursday, January 26, 2012
sad
aii.sedih.tadi dapat mesej dari nombor yang tiada bernama.entahkan sudah dibuang,entahkan tidak pernah dismpan.sampai sekarang dia belum beritahu siapa dia.walaupun setelah saya panggil.walaupun~ entahlah~
Posted by han1s at 10:26 PM 0 comments
Monday, January 23, 2012
politik
it's time to talk something serious~
dulu-dulu waktu kecil tiada perlunya bersusah payah fikir oh umur saya dah 21 maka saya perlu mengundi~ tiada perlunya fikir oh saya harus pilih parti apa atau pilih siapa~
tapi sekarang,kiri kanan diasak pemikiran~ mereka kata,perjuangkan bangsa dan agama~ adakah maksud mereka agama itu hanya dapat dijuangkan dengan memperjuangkan bangsa? mereka pula kata,perjuangkan agama~ tapi kulihat mereka dipentas memaki mencerca bagai tiada penghujungnya~ maka aku jadi pening~ aku tidak tahu yang mana satu~ tapi aku mahu seperti waktu kecil~ tidak kira kau bangsa apa sekalipun kita boleh bermain kejar-kejar dan juga sorok-sorok~
is it too much to ask?
Posted by han1s at 12:06 AM 0 comments
Labels: lubuk hati
Friday, January 20, 2012
done~
baru habis layan marathon LOTR~ kan bagus kalau belajar dan ulangkaji pun bersemangat jitu sebegini! haih!! haha. usai mengemas dan membuang draf-draf lama,rasa seperti mahu letak posts baru pula~
setiap kita melihat sesuatu dari sudut berbeza,kan?
kalau aku kata buku itu bosan kerana banyak tulisan,
bisa saja kau menyanggahku dengan berkata buku itu berguna kerana banyak ilmunya~
kau mahu contoh lain?
jika aku kata perlawanan bola sepak itu sesuatu yang membuatkan aku gembira,
bisa saja kau menolak dengan berhujah 22 orang berada di atas padang berebutkan bola adalah sesuatu yang gila~
maka kadangkala atau kebanyakkan kalinya,kita tidak akan bertemu titik persamaan.
tiada masalah,selagi pendapat kita yang berbeza itu sama-sama diraikan~
p/s ; semua orang salah kecuali saya adalah mentaliti yang perlu diubah~
Posted by han1s at 12:05 AM 0 comments
Labels: puisi 50
Tuesday, January 17, 2012
suddenly~
what drives you?
the adrenaline rush?
the rewards afterward?
just because?
fun?
whatever it is,as long as it drives you and you are able to feel it,you won't stop doing things you like,right?
what drives me? I can't find it.just yet~
Posted by han1s at 10:53 AM 0 comments
Wednesday, January 11, 2012
tiru
dalam banyak-banyak sifat yang dimiliki ibu-bapa kita,pasti ada satu dua sifat yang kita ingin tiru~
ibu saya ada satu prinsip,kata dia "biar orang buat kita,jangan kita buat orang". maksudnya walau apa yang orang lakukan pada kita,jangan kita balas balik pada dia.
oh dan kata-kata ini banyak mempengaruhi hidup saya.boleh dikatakan pada kebanyakan masanya,saya akan mendiamkan diri sahaja terhadap apa yang orang lakukan pada saya.bukan mahu membangga diri,tapi sekadar memberitahu realiti.
saya tidak hidup di dunia ini untuk mencari gaduh dengan orang lain. kedengarannya seperti 'mengapa kamu begitu bodoh dan lemah? berjuanglah!' tapi biarlah. saya tidak mahu bermasam muka berdiam diri tidak bertegur sapa dan segala bagai~
p/s : benarlah,ibu bapa itu sedikit sebanyak mencorakkan anak-anaknya~
Posted by han1s at 10:43 PM 0 comments
Saturday, January 7, 2012
sesak
okeh.dah sampai ke tahap sesak.dulu-dulu tak kisah dengan gaya tulisan.tapi sejak balik dari blog kai,rasa macam perlu menggunakan bahasa dengan betul.dan akhirnya sampai ke tahap sesak.bukan sebab dah mati kutu.tapi dah tidak bertemu ilham baru~ oh~
Posted by han1s at 11:38 PM 4 comments
Friday, January 6, 2012
silam
pernah kau terfikir?
dulu-dulu sewaktu tak perlu laptop atau internet
kau tetap ada kehidupan
kehidupan yang tidak bosan
tapi sekarang
pernahkah kau melalui satu hari tanpa akses kepada laptop atau internet?
jika ya,adakah perasaannya sama seperti kau tidak memilikinya sewaktu dahulu?
adakah kau boleh bertahan?
oh fikirkan~
Posted by han1s at 8:57 AM 0 comments
Monday, January 2, 2012
appreciating
ok.entri ini terhasil setelah tulis-dan-padam-tulis semula berkali-kali.serius ni.
when you have problems,or when you have stories to tell,do you have someone to count on? to turn into?
i hope you do.
cause it helps.
and I've got a few myself.
well,today I'm gonna appreciate them.of course not all of them.
messaging buddy
1.ana lala : almost all problem have been shared with h**(her or him? you decide :] )
2.suesue soya : a little bit less than almost all.
3.raja : banyak ajar aku falsafah hidup. socrates! :]
blogging buddy
1.kai : I don't know how she come to know about this blog.care to share? :]
2.khalilah : otaknya berfungsi kiri kanan.seni + sains.daebak!!
3.fiza : ada la 2 kali dia komen.mungkin dia jenis pemerhati. :]
p/s : dan kamu-kamu-kamu juga.kalau kamu rasa itu kamu,ye lah kut. :)
Posted by han1s at 11:56 PM 6 comments
Sunday, January 1, 2012
satu
rasa nak berpuisi
tapi ilham tidak ditemui
maka kubiarkan jejari ini menari
berketup-ketap dia ke sana sini
menulis kata kosong tiada isi
aku lelah
tapi tidak ingin mengaku kalah
dalam perjuangan mencari hidayah
yang hanya akan bererti setelah
kukecapi cinta Allah dan Rasulullah
biar mereka kata aku membosankan
asal saja aku tetap berpegang dengan Al-Quran
asal saja sunnah Baginda jadi pegangan
asal saja aku temu kebahagiaan
Posted by han1s at 11:36 PM 0 comments
Labels: puisi 50