aduh~ saat yang menyentapkan tadi~ bila dekan kata "siapa yang pernah dapat A dalam mana-mana ujian/peperiksaan dari tahun pertama hingga sekarang,sila bangun" . dan,aku tak bangun. bukan sebab tak nak riak. tapi sebab memang tak pernah dapat A. aduhai~
bukan tak pernah usaha. sehabis mampu usaha,aku dapat B.
bukan,bukan aku tak bersyukur.
dalam Islam,syukur itu dituntut tapi itu tak lah bermakna aku tak perlu usaha untuk dapat yang terbaik.
kan?
aduh.
kenapa tak boleh ulang kejayaan macam disekolah dan di matrik?
entahlah.
kalau nak senaraikan punca kegagalan mungkin banyak.
jadi aku rasa lebih baik aku senaraikan punca kejayaan.
1.Kecerdasan
2.Semangat/tamak
3.Sabar
4.Harta
5.Petunjuk & bimbingan guru
6.Dalam jangka waktu yang panjang
huraiannya di sini atau sini~
Monday, July 9, 2012
ilmu
Posted by han1s at 9:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
punco!!
haha~ tak main futsal pun~
Post a Comment