adoi.aku memang selalu diuji dengan persoalan hubungan.entah kenapa.bukan,bukan aku nak mengeluh. ceritanya,aku dan teman bilik dah 5 hari tak bercakap.tak siapa salah.aku tak,dia pun tak.secara tiba-tiba kesenyapan ini terjadi.maka,aku telah membuat inisiatif.aku dah hantar mesej.dia buat tak kisah.aku tanya apa aku salah,dia cuma angkat bahu.adoi~ bagaimana lagi ni?
Saturday, April 28, 2012
Wednesday, April 25, 2012
emosi
ajaib~ kita tahu tarikh lahir tapi tak mungkin tahu tarikh akhir sedih~ kita Islam tapi imej diri makin tenggelam resah~ tahu kiamat sudah dekat tapi lengah-lengahkan taubat malu~ jangan suruh resahku menari jangan suruh sedihku pergi biar takutku yang menenggelami
Posted by han1s at 12:36 AM 0 comments
Saturday, April 21, 2012
Thursday, April 19, 2012
rant
waktu kecik tiada yang menjadi kerisauan
main sini sana itulah hidup seharian
penuh gurauan
tiada penyesalan
tapi bila dah besar banyak pula beban
sampai tak tertanggung dek badan
mengeluh aku bukan
hanya ingin menanyakan
dunia yang indah itu ke mana wahai kawan?
berselindung di balik awan?
atau hilang ditelan kegelapan?
kegelapan yang datang dari hati manusia yang penuh kealpaan
kikir dengan nikmat dari Tuhan
demi sebuah pembangunan
dihalalkan segala pencerobohan
hatta yang diceroboh hutan
yang patutnya jadi warisan
kita tidak memiliki bumi ini sila ambil perhatian
kita hanya meminjamnya dari generasi masa hadapan
mood : pencemaran alam sekitar makin merisaukan. tapi hati yang tercemar lebih aku tumpukan.
Posted by han1s at 11:50 PM 0 comments
Labels: puisi 50
Tuesday, April 17, 2012
akhirnya
aku lepaskan perasaan suka aku pada dia.
kerana yang harus aku cinta sebenarnya adalah DIA.
aku suka dia.
tapi aku takut murka DIA.
akhirnya~
cinta diam-diam
semoga tak terbenam
suka sunyi-sunyi
semoga diredhai~
Posted by han1s at 12:42 AM 3 comments
Sunday, April 15, 2012
imbau
artikel kali ini dikreditkan kepada - Siti.
mari berkata mengenai nama. tiada siapa yang memilih namanya sendiri.
semuanya diberi oleh ibu dan ayah.kan?
itu kalau nama sebenar.nama samaran/timangan/panggilan pula,terserah kepada kekreatifan sendiri.
Nama gelaran saya? Mechan
Macam mana boleh dapat? dari kawan.
Macam mana terhasil? Mari aku ceritakan.
Alkisah dahulu aku adalah pelajar junior kepada senior.Mereka kata suara kartun Shin Chan yang telah dialih-bahasa kepada bahasa Melayu serupa dengan suara aku.Dan kemudian sewaktu Tingkatan 3 ada kelas malam. Aku dan rakan sekelas pun pergi ke tandas asrama dan kemudian terjumpa senior itu yang kemudiannya memanggil aku Shin Chan.Mulai dari itu aku dapat nama baru.Kemudian adalah seorang hamba Allah yang kreatif ni.gubah sikit dari Shin Chan.ada 2,dan aku pilih Mechan.itu saja~ :D
p/s : maaf tulis panjang-panjang~
Posted by han1s at 4:08 PM 6 comments
Saturday, April 14, 2012
maaf
ok entri ini terhasil setelah 5-6 baris ditulis dan dipadam.
kenapa,kita yang menganggap diri dewasa ini sukar meluahkan kata maaf?
walau salah kita.walau silap kita.
ego? atau sengaja buat 'dono'?
jangan.walau orang yang kita buat silap itu tak kata apa-apa.tak tunjuk reaksi apa.
kita tak tahu dalam hati dia macam mana.
dan juga,kalau kita ditakdirkan 'pergi' tanpa sempat meminta maaf,maka apa yang kita tinggalkan untuk dikenang bukanlah legasi bermakna
mungkin sebab aku minat psikologi.
sebab itu selalu cakap pasal emosi.
tapi aku serius,aku lihat ramai orang buat salah(buat dengan orang lain,bukan dengan aku)
tapi tak nak mulakan langkah.
p/s : kepada mereka yang ada buat salah dengan orang lain,belajarlah berani meminta maaf.dan kepada yang menjadi mangsa pula,berhati besarlah untuk memaafkan.
p/s #2 : ini bukan pasal aku.rawak~
Posted by han1s at 12:02 AM 2 comments
Wednesday, April 11, 2012
perspektif
sudut yang berbeza maka apa yang dilihat juga akan berbeza.
marah ibu bapa.
dilihat anak sebagai benci.
dilihat ibu bapa itulah cinta,
nasihat sahabat.
dilihat diri sebagai dengki.
dilihat sahabat itulah kasih.
teguran guru.
dilihat dia sebagai membebel.
dilihat guru itulah sayang.
tapi,
bagaimana jika marah,nasihat dan teguran itu tidak tepat?
itu gunanya akal.tapi jaga2 dengan mulut.
semoga akal menilai.dan jika tidak tepat,jangan dilawan.hormat~
Posted by han1s at 9:42 PM 2 comments
Tuesday, April 10, 2012
sewaktu dahulu
perkara-perkara yang 'osem' waktu kecil-kecil~
1.main hujan
2.dapat makan dekat luar
3.tunggu posmen datang hantar surat
4.tengok lori sampah meranapkan sampah-sampah
5.tengok KLCC dari dalam bas sewaktu ikut rombongan sekolah
6.bila keluarga bawa pergi jalan-jalan terutamanya ke Kuantan
sekarang?
Posted by han1s at 12:39 PM 0 comments
Saturday, April 7, 2012
satu dalam ramai-ramai.
umat Islam di dunia sekarang ini ramai.
jika ditambah pula dengan yang telah hidup sewaktu zaman Rasulullah S.A.W maka makin bertambah ramai.
aku Islam.kau Islam.di luar sana ada orang Islam.maka,bagaimana mahu buat Rasulullah S.A.W kenal kita?kita satu di dalam ramai.
analoginya seperti kau berada di padang rumput.semua sama,maka bagaimana mahu pilih rumput itu? tentulah yang akan dipilih itu rumput yang ada nilai tambah atau lebih menonjol.
persoalannya,apa nilai tambah kita sekarang?
syahadah ucap sekali tak sekala.
solat tak khusyuk.
puasa sekadar berlapar dan dahaga.
zakat pun tak pernah keluar sesen lagi.
haji pun tak pernah pergi.
maka apa nilai tambah kita?
p/s : semoga Rasulullah kenal & mengaku aku,kau mereka adalah umatnya~
Posted by han1s at 7:41 PM 0 comments
Friday, April 6, 2012
satu nak lawan
macam mana nak sentap dengan sang penyentap?
ok2,ini bukan kisah emo dalam hidup saya.tapi saya mahu ajukan soalan ini kepada anda-anda semua.hahaha~
kita ada kawan.kawan kita itu dikutuk ramai kerana kesentapannya.tapi sebagaimana manusia biasa,dia juga mampu menyentapkan orang lain.faham setakat ini?bagus~
jadi sekarang,saya tanya,jika sang penyentap itu membuatkan kita sentap,er macam mana nak hadapi? :D
p/s : kebelakangan ini saya asyik hantar artikel mengenai perangai manusia.ini semua bukan kerana saya nak kata saya sempurna.tapi saya mahu pandangan orang tentang bagaimana nak menjalin hubungan yang aman damai dengan semua orang tak kira apa perangai mereka~ ;)
Posted by han1s at 10:33 PM 0 comments
satu lawan satu
mari-mari.saya ada cerita yang ingin dikongsi.
dalam kalangan kawan-kawan yang kita ada,pasti ada yang bersifat 'aku-betul-semua-kau-jangan-bantah'.betul tak?
opps.jangan berhenti baca,saya bukan ingin cerita betapa emonya saya dengan mereka yang berperangai sebegini.
saya ada dua kawan yang berperangai sebegini.dan pada satu hari,pendapat mereka bertembung.boleh bayangkan tak?biasanya kalau bertemu dengan orang lain,orang lain akan mengalah.tapi bila yang bertemu ini saling tak mengalah,maka memang menariklah.
ok itu saja.
p/s : jahatnya saya sebab suka tengok orang berbalah.hahaha~
Posted by han1s at 12:16 AM 6 comments
Wednesday, April 4, 2012
dilema
dah lama tak tulis puisi.nah satu.
hidup tanpa mengingati DIA
adalah kehidupan yang sia-sia
semua orang akan mati
tapi berapa ramaikah yang mengerti
bahawa mati itu bukan pengakhiran
sebaliknya sebuah permulaan
menuju syurga bahagia
atau neraka sengsara
p/s : aku susah nak faham dan susah nak bagi faham jika secara lisan.sebab itu aku gunakan medium penulisan~ :D
Posted by han1s at 11:40 AM 0 comments
Labels: puisi 50
Monday, April 2, 2012
semula
alhamdulillah.dah cukup sebulan tempoh rehab.syukur kepada Allah.walaupun rasanya tak macam dah sembuh sepenuhnya,tapi sekurang-kurangnya dah ada perubahan sedikit.
orait.kalau kamu cari di arkib blog ni,kamu akan mendapati sesuatu.blog ini tidak pernah meletakkan gambar.baiklah,hari ini saya akan pecahkan tradisi itu.
apa yang kamu mula-mula akan nampak? klise kan? sebab semua orang pun dah tahu tentang gambar ni.
satu kesilapan adalah lebih jelas dan menonjol di mata yang melihat berbanding sepuluh kebaikan~
sheesh~
Posted by han1s at 7:13 AM 3 comments