oh.perkara ini harus dikongsikan.jika tidak,masa akan menelan dan membuat aku melupakan.
seberapa lama di Teluk Intan,hanya tadi berhasrat ke masjid daerah.
dengan hasrat mahu mengisi botol kosong dengan air kolah.
kata masyarakat,boleh dibuat ubat.
kata aku,yang penting niat.
kerana telinga ini tiada switch on-off,maka gurauan dari seorang pak cik kepada rakannya itu tetap menjejak telinga ini hatta sedang solat.
apa katanya?
"aii macam berat je.letih je angkat kaki.tu la orang beriman ni.berat nak meninggalkan masjid."
kata yang lebih kurang sama diulang berkali-kali.
arakian maka tersentuh jiwa ini.memang benar,orang beriman itu sangat dekat hatinya dengan masjid.
maka itulah,jika diteliti,salah satu golongan yang akan mendapat naungan arasy Allah pada hari yang tiada naungan selain naunganNYA adalah mereka yang menyintai masjid.
bagaimana pula aku?
Tuesday, October 11, 2011
tanya sama pokok
Posted by han1s at 9:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment