BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 12, 2011

Reminiscing

Dulu kau di mana sebelum menguak pintu dunia
Dulu kau hanyalah satu di antara berjuta sperma
Dulu kau siapa sebelum bergelar manusia
Dulu kau hanya makhluk kecil lemah tak terdaya

Dulu bagaimana keadaanmu sebelum dilahirkan
Dulu hanya meronta-ronta ibarat kelemasan
Dan tiba saatnya engkau dilahirkan untuk menjadi khalifah
Dan disambut dengan laungan azan penuh indah

Kini kau sudah besar
Ataupun pada anggapanmu kau sudah besar
Bebas untuk melakukan apa sahaja
Walaupun agama tidak membenarkannya

Apakah kau menyangka kau akan terus hidup di dunia ini
Tidak terfikirkah engkau ke mana destinasimu selepas ini
Dihakimi melalui timbangan Al-Mizan
Timbangan yang tiada penipuan,hanya keadilan

0 comments: