BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 31, 2011

deja vu

menunggu bidadari
jangan disia-siakan penantian
waktu pencarian adalah saatnya membaiki diri

~mode : menjemput bidadari by seismic~

Saturday, October 29, 2011

ce cuba v5.0

"Kau nak sambung belajar dekat mana?".Iman memulakan bicara.
"Depends",ringkas A-an menjawab.
"On what?"
"Results,money and other circumstances that I could think of."

Itu bicara dulu.Sewaktu kaki dilangkah menuju ke sekolah bersama Iman,untuk mengambil keputusan SPM.
Tapi kini dia ada bicara baru.Bicara yang bukan fantasi.
Tidak tahu bagaimana harus dimulakan bicara yang ini.
Yang pasti,dia kini sudah menghirup udara segar Ireland.Ireland.Bukan Malaysia.
Dan bukan itu sahaja.
Dari hidup yang lesu tiada berarah,kepada hidup yang disegarkan dengan fikrah.
Mungkin disini bicaranya boleh bermula.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Humangai.Sejuk gila London ni."
Fatin bersuara girang.Walau di benua asing itu dia hanya seorang.
"Semoga kejayaan akan selalu mengiringiku.Amin".Doa Fatin dalam hatinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Seronoknya dapat belajar dekat luar negara.Untungnya jadi budak pandai".Getus Iyan dalam hati.Surat tawaran ke UIA itu ditatap berkali-kali.Rasa hendak dikoyak.Tapi itu sahajalah tawaran yang dia dapat pun.Kalau niat di hati itu diteruskan,alamatnya jadi penganggur tetap lah dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s : Part 2 starts now. really hope i make up an interesting story. give your comments please. it will be highly appreciated. :))

Thursday, October 27, 2011

final~

oish.. tadi tiba2 terfikir..
I noticed that I had mentioned her name quite a few time in my post,
to the extend that people might think I have feelings for her.
time to get the point straight.
i consider her one of my besties.
that's all.
lagipun dia tengah tunggu orang jauh.
aku?
'pause' mencari.

p/s : wah tadi berseronok bersama kanak2 sindrom Down.

tadi bertemu rakan
dia kata "kenapa blog ini sgt emo sekarang?"
ahaha~
tidaaaaaaaaaaakkk~~~~~~~~~~
tiada niat untuk beremo-emo
cuma mahu beritahu 'that' someone
yang namanya suesue soya
yang saya minta maaf dengan dia
tapi dia tidak memberikan jawapannya
oh tidak~

dan sekarang mahu beritahu
hidup ini akan diteruskan
kerana dah tak larat nak menunggu
untuk suesue soya bagi jawapan
mungkin dia malu
atau mungkin dia tertekan
oh sungguh saya tidak tahu!

hahahaha~
p/s : dah2.. starting from today will try ma best to avoid 'emo' type of post.
:)

Tuesday, October 25, 2011

that.was.my.last.effort.
the ball is in your court.
up to you how you want to play it.
seriously.i am not saying i am giving up,i'm just saying that I've tried every move i can.

p/s : you know who you are~

Sunday, October 23, 2011

empty

malam ini sangat sedih.
sampai :'(
saya faham mungkin itu salah saya.
tapi gelaran yang diberikan itu rasanya macam keterlaluan.
mereka menggelar saya sebagai punca maksiat.
hanya kerana saya berada dikalangan rakan-rakan berlainan jantina dan bersorak untuk pasukan saya.(oh ya,di antara saya dan rakan-rakan itu ada jarak.bukannya saya berlaga bahu dengan mereka)
ini bentuk gurauan barukah?
maaf,saya perlukan masa untuk 'adapt' dengan gurauan zaman milenium ini.

sungguh sedih.sumpah.

Wednesday, October 19, 2011

special edition

never before i used this blog to openly say that i am sorry.
not to just anyone.
but now,it's only for you,SUESUE SOYA.

yelah-yelah.
aku mengalah.

aku mohon ampun secara terbuka dari kau,SUESUE SOYA.
dah-dahlah merajuk tu.
aku mintak maaf okeh.
KAWAN?

p/s : mak kite kate an,x baek oo x kawan.

Tuesday, October 18, 2011

aii..
kaum itu kalau merajuk memang selalunya lama eh?
aduhai

Saturday, October 15, 2011

effect

ini monolog dalaman saya.jika ada kena mengena dengan anda,sila abaikan.

kau ada
berjuta rakan facebook
beribu follower blog
beratus rakan alam nyata
setakat seorang 'remove' kau,harusnya kau tidak mengalami sebarang masalah kesihatan~

bukankah kau kesibukan?
jadi bila berkurangan seorang rakan bukankah itu satu kelegaan?
kuranglah satu kerenah manusia yang perlu kau layan
hiduplah kau dengan damai keamanan

p/s : hargai kawan-kawan anda sementara mereka masih ada

Friday, October 14, 2011

stabil

aku jadi kagum.

kepada mereka yang sedikit berkata tapi banyak bermakna
ada juga yang banyak berkata dan banyak pula memberi makna
tapi aku lebih kagum golongan pertama

tidak perlu ayat berjela
cukup sekadar nafas sehela
asalkan bermakna

p/s : hari ini emosi tidak stabil.untung jadi Bruno Mars.walau sedang sedih,masih mampu berbicara.biarpun hanya dia dengan bulan.eh,bukankah aku boleh mengadu pada Tuhan?





Thursday, October 13, 2011

actor

i can no longer be an actor.
i am a complex person,i will admit that.
i cannot tolerate ignorant people.how do i define 'ignorant'?
simple.for me,the basic pillar of friendship is communication.will there be bond when 2 friends don't communicate?i don't think so.
kau mesej kawan2 kau tapi mereka tidak membalasnya.sekali mereka buat begitu,mungkin kau boleh memaafkan mereka.tapi jika perkara yang sama berulang,entahlah.
for me,i cannot tolerate it.
you never know if that message will be the last one you received right?
i,i will try my best to reply to those who wants to communicate with me.
kalau kau sibuk tahap dewata sekalipun,setidak-tidaknya balaslah dengan "oh maaf aku sibuk mungkin kau boleh kacau aku lain kali sekian trimas".
so from now on,i will no longer reach out to these people.it annoys me.
over,u might said of me.but ey,i told u already i am a complex person right?

Wednesday, October 12, 2011

Reminiscing

Dulu kau di mana sebelum menguak pintu dunia
Dulu kau hanyalah satu di antara berjuta sperma
Dulu kau siapa sebelum bergelar manusia
Dulu kau hanya makhluk kecil lemah tak terdaya

Dulu bagaimana keadaanmu sebelum dilahirkan
Dulu hanya meronta-ronta ibarat kelemasan
Dan tiba saatnya engkau dilahirkan untuk menjadi khalifah
Dan disambut dengan laungan azan penuh indah

Kini kau sudah besar
Ataupun pada anggapanmu kau sudah besar
Bebas untuk melakukan apa sahaja
Walaupun agama tidak membenarkannya

Apakah kau menyangka kau akan terus hidup di dunia ini
Tidak terfikirkah engkau ke mana destinasimu selepas ini
Dihakimi melalui timbangan Al-Mizan
Timbangan yang tiada penipuan,hanya keadilan

Tuesday, October 11, 2011

tanya sama pokok

oh.perkara ini harus dikongsikan.jika tidak,masa akan menelan dan membuat aku melupakan.
seberapa lama di Teluk Intan,hanya tadi berhasrat ke masjid daerah.
dengan hasrat mahu mengisi botol kosong dengan air kolah.
kata masyarakat,boleh dibuat ubat.
kata aku,yang penting niat.
kerana telinga ini tiada switch on-off,maka gurauan dari seorang pak cik kepada rakannya itu tetap menjejak telinga ini hatta sedang solat.

apa katanya?

"aii macam berat je.letih je angkat kaki.tu la orang beriman ni.berat nak meninggalkan masjid."
kata yang lebih kurang sama diulang berkali-kali.
arakian maka tersentuh jiwa ini.memang benar,orang beriman itu sangat dekat hatinya dengan masjid.
maka itulah,jika diteliti,salah satu golongan yang akan mendapat naungan arasy Allah pada hari yang tiada naungan selain naunganNYA adalah mereka yang menyintai masjid.

bagaimana pula aku?

Sunday, October 9, 2011

determine

kita hidup dalam dunia hipokrasi
tikam belakang jadi kebiasaan disana sini

"aku tak puas hati dengan kau,aku kutuk belakang kau
kau tak puas hati dengan aku,kau mengumpat belakang aku"

itu motto yang dipegang
sunnah tidak lagi dipandang

ghibah itu ibarat makan daging saudara sendiri
ada siapakah yang masih peduli?

Ya Allah,semoga aku,dia,mereka,siapa-siapa saja mampu berubah
untuk hidup berlandaskan sunnah

untuk berganjak dari kekotoran umpat-umpatan
kepada kesucian zikiran

Tuesday, October 4, 2011

unknown

anda gagal dalam exam.pencapaian anda itu anda beritahu kepada rakan anda.dan reaksinya adalah..

"good".

tak perlu kata apa-apa lagi kan?walaupun niatnya untuk bergurau,tapi,entahlah. anda mungkin dapat menerimanya.mungkin juga tidak.hidup anda,anda tentukan~ :)

Sunday, October 2, 2011

unpredictable

aku akan terus mencari
hidayah dari Ilahi
dan aku tidak lagi mahu lari
kerna hidayah itu mahal dan sukar pula dimiliki
bukan sewenangnya hidayah itu didampingi
sekali dimiliki,moga kekal abadi
hingga aku mati~

Saturday, October 1, 2011

statik

bila ada masalah
jangan terus gelabah

mungkin itu peringatan dari Allah
supaya kau bermuhasabah

dan belajar menjadi tabah
nilailah diri dan berubahlah

kerana masalah akan terus gah
jika kau menjadi lemah

mohonlah dari Allah
insyaAllah,kau akan mampu untuk berubah
lantas mengatasi masalah~