BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 17, 2010

utk kita2 aje.. :)

“Dia telah dilamar.”
“Biar betul.”Cuma gumaman di dalam hatinya.Tidak berani diluahkan.Bimbang akan disalah tafsir.Risau dituduh tidak menerima takdir.Walaupun bukan begitu sebenarnya.
“Dan yang melamar dia tu lebih baik dari nta.” Kali ini,kata-kata itu berhasil merubah riak wajahnya.
Sedikit cuma.

Ye tak ye jugak.Sudah tentu la yang melamar tu lagi baik dari dirinya.Siapa2 pun juga boleh dikatakan lebih baik dari dirinya.Kerana,dia sendiri tidak baik! Sekadar menghafal 2-3 surah dari Al-Quran belum boleh dikira baik.
Jika sesempoi dirinya sudah boleh dikatakan baik,maka gelaran apa pula untuk wanita itu? Teramat baik?Bukan memuji,sekadar mahu yang lain mengerti.
Jika dirinya yang baru sahaja mengerti tentang ikhtilat sudah ada yang menilai sebagai baik, maka bagaimana pula dengan gadis itu yang bukan sahaja sudah mengerti,bahkan sudah menjiwai?
Monolog di hati.Hobi baru.Dalam masa yang singkat telah menjadi hobi nombor satu.
“Tapi dia menolak.” Hampeh tul la mamat sorang ni.Yg cakap slow2 tu nape.Kan ak dah cuak jadinya.
“Oo.Em,tak pe lah camtu.”Ringkas.Tak kan aku nak bersyukur depan dia pulak.Nampak sangat la aku ni gatal.Imej kena jaga.Lesson no. 1.

1 comments:

Laut biru said...

moga ketemu jodoh yg baik.. oh ye, nak copy pape dr blog ana, copy je. ana x kisah..asif lambat reply. baru blik dr cuti.