BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 27, 2012

abah,you are such a wonderful person in my life
mak,mak wanita yang hebat.
tak dapat rasanya bayangkan dunia tanpa mak dan abah.

tuk meninggal waktu mak 23 tahun.sekarang mak 61 tahun.macam mana mak lalui semua hari-hari tu?
atuk meninggal waktu aku 5 tahun. macam mana abah hidup 16 tahun tanpa ayah?

p/s : aku sedang hujan

Saturday, August 25, 2012

Ramadhan

Ramadhan

aku pandang sepi
realiti yang mengetuk hati

manusia itu bermacam ragamnya
terlalu ghairah mahu beraya

hingga seakan menghalau Ramadhan
yang dalam setahun cuma sebulan

aku teruskan langkah
ku saksikan roh Ramadhan makin lelah

inkah yang akan diwariskan
kepada generasi masa hadapan?

aku tidak tahu
mungkin kau boleh beritahu.


Saturday, August 18, 2012

sudah cukup sudah

kita hidup dunia realiti.

bukan macam novel.sesuka hati langkau hari.
kita,kalau 5 tahun pun 5 tahunlah.
bukannya waktu boleh diubah-ubah.

jodoh dalam novel penulis tentukan
jodoh dalam hidup kita Tuhan takdirkan
kita suka dia belum tentu jodoh dengan dia
maka harus sentiasa bersedia

aku ada perancangan
tapi mungkinkah dilaksanakan
entah aku tak tahu
tunggu bila waktu

p/s : akan aku istikharah



Friday, August 10, 2012

seketika itu #1

ok. nak mulakan edisi baru. di bawah tajuk seketika itu, saya akan memaparkan kenangan-kenangan hidup saya yang saya ingat. oh ya,tak ikut kronologi.

aku seorang pelari.
aku tak suka lama-lama dalam satu perkara.kecuali bermain.
belajar,makan,beli-belah(ditambah pula fakta aku ini lelaki).
apa sahaja.
maka,aku selalu lari kalau keluarga aku gunakan masa yang lama dalam satu-satu perkara.aku masih kecil waktu itu,maka haruslah tak dapat beza perkara itu penting atau tidak.

di majlis konvokesyen ahli keluargaku, sebaik sahaja boleh keluar dewan,aku berlari menuruni tangga.
tapi tok sempat pegang tangan aku.

di kedai apa aku tak ingat,sebab dah bosan,aku berlari menyeberangi jalan.(sila faham bahawa waktu itu tiada kempen suruh lihat kiri kanan kiri sebelum lintas). hanya beberapa saat memisahkan aku dengan kemalangan.

ini kenangan.bila ingat kembali,rasa nak gelak ada,rasa nak marah dengan diri sendiri pun ada.

p/s : :)

Saturday, August 4, 2012

hewhew

makin lama makin tak tahu apa yang nak ditulis.

sheesh~

apa-apa sahajalah.

mungkin dah tiba masa. kata orang, 'rise to the occasion'.
kalau manusia kelawar itupun mampu bangkit,aku seharusnya lebih boleh.
sebab dia fiksi,aku realiti.
kisah hidup dia tamat selepas 2 jam lebih waktu tayangan.
kisah hidup aku di tangan Tuhan maka perlu aku usaha corakkan.
harus aku lupakan semua kegagalan.
dan mula mencari kejayaan.
'talk less think more'.