tajuk jiwang.orangnya tak.
"ko rasa aku patut clash x?" - tertera mesej ini di telefon.
maka di sini saya menjawabnya.(dengan pengetahuan saya ini yang bukan ustaz,bukan lebai,cuma kawan).
apa jawapan yang pasti? relatif.kerana jawapan itu saya akan bagi bergantung pada situasi.
1.PATUT CLASH
jika kau dah mampu kahwin,tak perlu tunggu lagi.
nota kaki : jangan jadi lembap.sila faham sendiri mampu itu melingkupi banyak aspek.
2.TAK PATUT
jika kau yakin clash itu akan menyebabkan dia bunuh diri dengan menelan pil berdos-dos atau mencipta rekod dengan terjun bangunan yang tinggi.dan jangan tunggu lama-lama,siapkan diri,kahwin bila mampu~
3.IKUT SUKA KAU LA
ini,em,ikut suka kau la.
p/s : nak tambah apa-apa? silakan~ :)
Tuesday, January 31, 2012
kisah hati
Posted by han1s at 9:57 PM 0 comments
Thursday, January 26, 2012
sad
aii.sedih.tadi dapat mesej dari nombor yang tiada bernama.entahkan sudah dibuang,entahkan tidak pernah dismpan.sampai sekarang dia belum beritahu siapa dia.walaupun setelah saya panggil.walaupun~ entahlah~
Posted by han1s at 10:26 PM 0 comments
Monday, January 23, 2012
politik
it's time to talk something serious~
dulu-dulu waktu kecil tiada perlunya bersusah payah fikir oh umur saya dah 21 maka saya perlu mengundi~ tiada perlunya fikir oh saya harus pilih parti apa atau pilih siapa~
tapi sekarang,kiri kanan diasak pemikiran~ mereka kata,perjuangkan bangsa dan agama~ adakah maksud mereka agama itu hanya dapat dijuangkan dengan memperjuangkan bangsa? mereka pula kata,perjuangkan agama~ tapi kulihat mereka dipentas memaki mencerca bagai tiada penghujungnya~ maka aku jadi pening~ aku tidak tahu yang mana satu~ tapi aku mahu seperti waktu kecil~ tidak kira kau bangsa apa sekalipun kita boleh bermain kejar-kejar dan juga sorok-sorok~
is it too much to ask?
Posted by han1s at 12:06 AM 0 comments
Labels: lubuk hati
Friday, January 20, 2012
done~
baru habis layan marathon LOTR~ kan bagus kalau belajar dan ulangkaji pun bersemangat jitu sebegini! haih!! haha. usai mengemas dan membuang draf-draf lama,rasa seperti mahu letak posts baru pula~
setiap kita melihat sesuatu dari sudut berbeza,kan?
kalau aku kata buku itu bosan kerana banyak tulisan,
bisa saja kau menyanggahku dengan berkata buku itu berguna kerana banyak ilmunya~
kau mahu contoh lain?
jika aku kata perlawanan bola sepak itu sesuatu yang membuatkan aku gembira,
bisa saja kau menolak dengan berhujah 22 orang berada di atas padang berebutkan bola adalah sesuatu yang gila~
maka kadangkala atau kebanyakkan kalinya,kita tidak akan bertemu titik persamaan.
tiada masalah,selagi pendapat kita yang berbeza itu sama-sama diraikan~
p/s ; semua orang salah kecuali saya adalah mentaliti yang perlu diubah~
Posted by han1s at 12:05 AM 0 comments
Labels: puisi 50
Tuesday, January 17, 2012
suddenly~
what drives you?
the adrenaline rush?
the rewards afterward?
just because?
fun?
whatever it is,as long as it drives you and you are able to feel it,you won't stop doing things you like,right?
what drives me? I can't find it.just yet~
Posted by han1s at 10:53 AM 0 comments
Wednesday, January 11, 2012
tiru
dalam banyak-banyak sifat yang dimiliki ibu-bapa kita,pasti ada satu dua sifat yang kita ingin tiru~
ibu saya ada satu prinsip,kata dia "biar orang buat kita,jangan kita buat orang". maksudnya walau apa yang orang lakukan pada kita,jangan kita balas balik pada dia.
oh dan kata-kata ini banyak mempengaruhi hidup saya.boleh dikatakan pada kebanyakan masanya,saya akan mendiamkan diri sahaja terhadap apa yang orang lakukan pada saya.bukan mahu membangga diri,tapi sekadar memberitahu realiti.
saya tidak hidup di dunia ini untuk mencari gaduh dengan orang lain. kedengarannya seperti 'mengapa kamu begitu bodoh dan lemah? berjuanglah!' tapi biarlah. saya tidak mahu bermasam muka berdiam diri tidak bertegur sapa dan segala bagai~
p/s : benarlah,ibu bapa itu sedikit sebanyak mencorakkan anak-anaknya~
Posted by han1s at 10:43 PM 0 comments
Saturday, January 7, 2012
sesak
okeh.dah sampai ke tahap sesak.dulu-dulu tak kisah dengan gaya tulisan.tapi sejak balik dari blog kai,rasa macam perlu menggunakan bahasa dengan betul.dan akhirnya sampai ke tahap sesak.bukan sebab dah mati kutu.tapi dah tidak bertemu ilham baru~ oh~
Posted by han1s at 11:38 PM 4 comments
Friday, January 6, 2012
silam
pernah kau terfikir?
dulu-dulu sewaktu tak perlu laptop atau internet
kau tetap ada kehidupan
kehidupan yang tidak bosan
tapi sekarang
pernahkah kau melalui satu hari tanpa akses kepada laptop atau internet?
jika ya,adakah perasaannya sama seperti kau tidak memilikinya sewaktu dahulu?
adakah kau boleh bertahan?
oh fikirkan~
Posted by han1s at 8:57 AM 0 comments
Monday, January 2, 2012
appreciating
ok.entri ini terhasil setelah tulis-dan-padam-tulis semula berkali-kali.serius ni.
when you have problems,or when you have stories to tell,do you have someone to count on? to turn into?
i hope you do.
cause it helps.
and I've got a few myself.
well,today I'm gonna appreciate them.of course not all of them.
messaging buddy
1.ana lala : almost all problem have been shared with h**(her or him? you decide :] )
2.suesue soya : a little bit less than almost all.
3.raja : banyak ajar aku falsafah hidup. socrates! :]
blogging buddy
1.kai : I don't know how she come to know about this blog.care to share? :]
2.khalilah : otaknya berfungsi kiri kanan.seni + sains.daebak!!
3.fiza : ada la 2 kali dia komen.mungkin dia jenis pemerhati. :]
p/s : dan kamu-kamu-kamu juga.kalau kamu rasa itu kamu,ye lah kut. :)
Posted by han1s at 11:56 PM 6 comments
Sunday, January 1, 2012
satu
rasa nak berpuisi
tapi ilham tidak ditemui
maka kubiarkan jejari ini menari
berketup-ketap dia ke sana sini
menulis kata kosong tiada isi
aku lelah
tapi tidak ingin mengaku kalah
dalam perjuangan mencari hidayah
yang hanya akan bererti setelah
kukecapi cinta Allah dan Rasulullah
biar mereka kata aku membosankan
asal saja aku tetap berpegang dengan Al-Quran
asal saja sunnah Baginda jadi pegangan
asal saja aku temu kebahagiaan
Posted by han1s at 11:36 PM 0 comments
Labels: puisi 50