BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 13, 2012

bagaimana menghargai ibu

dulu waktu kecil aku pernah terfikir. boleh ke kalau nak buat dua kerja sekaligus?

polis di pagi hari petangnya jadi bomba.
dan waktu kecil tak pernah ada cita-cita yang tetap. polis,peguam,doktor. 
dan dulu buat senarai cita-cita(lebih tepat kalau kata kerja).

1.ahli astronomi
2.ahli magis

tapi Malaysia tak ada kursus untuk jadi ahli astronomi. oii astronomi dengan aeronautik tu tak sama ok? faham? dan magis dan sihir tak sama ok?
tapi orang tua kan.mereka nak tengok kita hidup senang.tak susah macam mereka.
maka aku tak boleh jadi ahli magis.
mungkin betul,kalau kita buat apa yang kita minat maka perkara itu jadi lebih mudah,lebih seronok dinikmati.
dan hidup ni tak lama.maka perlu gunakan kesempatan yang ada semaksimanya.mak tak mengapalah. demi ibu yang sanggup tak makan nasi 9 bulan selama aku di dalam kandungannya,aku sanggup lepaskan apa yang aku minat~
p/s : eh 'menyentuh' pula kali ini.



Monday, June 11, 2012

seemingly so

born into the world.
once you put your step,looks like there's no turning back.
life is a race.
be slow and be sure to lose.

pity.what a pity.life is suppose to be enjoy by the precious mind.
but due to the race,life is not fun anymore.
maybe 3 Idiots sums it better than I do~

Saturday, June 9, 2012

??

maybe i am the one that is lumpy here but to those who understands, do enlighten me. When someone tells us that their friends/family had died/is sick at facebook status, why the heck a person press the 'like' button? What's that supposed to mean? They like it now he's dead? what is the meaning of the 'like'?


p/s : orgia mode now. and orgia not equals angry.~

Thursday, June 7, 2012

jangan

iman makin lelah
jiwa makin parah
hati keluh kesah
tiada lagi senyuman indah
hanya tangisan berdarah

iman rebah
jiwa gundah
hati susah
tiada lagi nikmat beribadah
hanya maksiat bertambah

duhai iman jangan pergi
duhai jiwa mari kembali
duhai hati usah ke tepi
bersam kita mencari
sinar rahmat Ilahi

Wednesday, June 6, 2012

peduli

mula-mula nampak macam seronok.
tapi hakikatnya tak.
tapi hakikat tu mungkin aku yang nampak.
berdua.boleh mesra-mesra.manja-manja.

tapi lama-lama serabut.selalu kena buat laporan.
kena kacau waktu baru nak suap makan.
ini kalau dia perempuan.

nak buat kerja lain tak jadi.
malas bila nak stadi.
ini kalau dia lelaki.

tahnia kepada aku sebab seorang~

p/s : wahahaha~

Sunday, June 3, 2012

sebab

Watak 

A : Seorang lelaki yang baru memeluk Islam
B : Seorang lelaki tua

Latar masa : 
Bila post ini anda baca

Latar tempat :
Di mana post ini anda baca

Masyarakat :
Siapa di sebelah anda tu?

A : Pak Cik,saya ni baru memeluk Islam.Boleh ajar saya tak apa yang perlu saya buat?
Jawapannya
B : Dah 'potong' ke belum? atau
B : Nah,ini senarai perkara halal dan haram. atau
B : Kenapa kamu masuk Islam?

Ok,cukup sampai di situ sahaja sesi dialog. Hey,kemon la. Itu ke perkara pokok yang perlu kau tanya/ajar dia? Tak ke tu buat dia rasa takut? Belum apa-apa tiba-tiba disuruh 'potong'. Bagi senarai halal dan haram? Hey,jangan lah.Islam tu mudah. Jangan ditanya kenapa.Aduhai~

1.Panjatkan kesyukuran kepada Allah - kerana telah dipilih untuk masuk Islam.
2.Banyakkan berdoa - moga dibuka pintu hati oleh Allah untuk belajar ilmu agama.
3.Bersih - Bersih fizikal bersih mental jua spiritual.
4.Sedia?
 Dah : Belajar bersolat.
 Belum : Doa agar diber kekuatan~

Hey entahlah. Ini cuma kata-kataku yang bernilai tak sampai 20sen. Dan aku tak sandarkan nasihat ini kepada Baginda S.A.W. Sebab aku tak tahu sunnahnya yang sebenar bagaimana.

p/s post ini diinspirasikan(bukan tiru ea?) dari blog km.pautan tak disediakan kerana itu blog gadis.ada gambar gadis.dan tak sesuai untuk kamu. ya,kamu.



Friday, June 1, 2012

selamanya

tak semua yang kita rasa mampu kita luahkan
walau kita sangat-sangat nak luahkan


tak semua yang kita lakukan dapat kita justifikasikan
walau kita sangat-sangat nak justifikasikan


walau datang berbagai dugaan
hidup harus diteruskan
selagi hayat dikandung badan
teruskan mencari kegembiraan
hapuskan segala kesedihan
padam semua kepahitan


p/s : mari bercuti~ :D