BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, April 11, 2012

perspektif

sudut yang berbeza maka apa yang dilihat juga akan berbeza.

marah ibu bapa.
dilihat anak sebagai benci.
dilihat ibu bapa itulah cinta,

nasihat sahabat.
dilihat diri sebagai dengki.
dilihat sahabat itulah kasih.

teguran guru.
dilihat dia sebagai membebel.
dilihat guru itulah sayang.

tapi,
bagaimana jika marah,nasihat dan teguran itu tidak tepat?
itu gunanya akal.tapi jaga2 dengan mulut.

semoga akal menilai.dan jika tidak tepat,jangan dilawan.hormat~

Tuesday, April 10, 2012

sewaktu dahulu

perkara-perkara yang 'osem' waktu kecil-kecil~

1.main hujan
2.dapat makan dekat luar
3.tunggu posmen datang hantar surat
4.tengok lori sampah meranapkan sampah-sampah
5.tengok KLCC dari dalam bas sewaktu ikut rombongan sekolah
6.bila keluarga bawa pergi jalan-jalan terutamanya ke Kuantan

sekarang?

Saturday, April 7, 2012

satu dalam ramai-ramai.

umat Islam di dunia sekarang ini ramai.
jika ditambah pula dengan yang telah hidup sewaktu zaman Rasulullah S.A.W maka makin bertambah ramai.

aku Islam.kau Islam.di luar sana ada orang Islam.maka,bagaimana mahu buat Rasulullah S.A.W kenal kita?kita satu di dalam ramai.

analoginya seperti kau berada di padang rumput.semua sama,maka bagaimana mahu pilih rumput itu? tentulah yang akan dipilih itu rumput yang ada nilai tambah atau lebih menonjol.

persoalannya,apa nilai tambah kita sekarang?

syahadah ucap sekali tak sekala.
solat tak khusyuk.
puasa sekadar berlapar dan dahaga.
zakat pun tak pernah keluar sesen lagi.
haji pun tak pernah pergi.

maka apa nilai tambah kita?

p/s : semoga Rasulullah kenal & mengaku aku,kau mereka adalah umatnya~

Friday, April 6, 2012

satu nak lawan

macam mana nak sentap dengan sang penyentap?
ok2,ini bukan kisah emo dalam hidup saya.tapi saya mahu ajukan soalan ini kepada anda-anda semua.hahaha~

kita ada kawan.kawan kita itu dikutuk ramai kerana kesentapannya.tapi sebagaimana manusia biasa,dia juga mampu menyentapkan orang lain.faham setakat ini?bagus~

jadi sekarang,saya tanya,jika sang penyentap itu membuatkan kita sentap,er macam mana nak hadapi? :D

p/s : kebelakangan ini saya asyik hantar artikel mengenai perangai manusia.ini semua bukan kerana saya nak kata saya sempurna.tapi saya mahu pandangan orang tentang bagaimana nak menjalin hubungan yang aman damai dengan semua orang tak kira apa perangai mereka~ ;)

satu lawan satu

mari-mari.saya ada cerita yang ingin dikongsi.
dalam kalangan kawan-kawan yang kita ada,pasti ada yang bersifat 'aku-betul-semua-kau-jangan-bantah'.betul tak?

opps.jangan berhenti baca,saya bukan ingin cerita betapa emonya saya dengan mereka yang berperangai sebegini.

saya ada dua kawan yang berperangai sebegini.dan pada satu hari,pendapat mereka bertembung.boleh bayangkan tak?biasanya kalau bertemu dengan orang lain,orang lain akan mengalah.tapi bila yang bertemu ini saling tak mengalah,maka memang menariklah.

ok itu saja.

p/s : jahatnya saya sebab suka tengok orang berbalah.hahaha~

Wednesday, April 4, 2012

dilema

dah lama tak tulis puisi.nah satu.

hidup tanpa mengingati DIA
adalah kehidupan yang sia-sia
semua orang akan mati
tapi berapa ramaikah yang mengerti
bahawa mati itu bukan pengakhiran
sebaliknya sebuah permulaan
menuju syurga bahagia
atau neraka sengsara

p/s : aku susah nak faham dan susah nak bagi faham jika secara lisan.sebab itu aku gunakan medium penulisan~ :D

Monday, April 2, 2012

semula

alhamdulillah.dah cukup sebulan tempoh rehab.syukur kepada Allah.walaupun rasanya tak macam dah sembuh sepenuhnya,tapi sekurang-kurangnya dah ada perubahan sedikit.

orait.kalau kamu cari di arkib blog ni,kamu akan mendapati sesuatu.blog ini tidak pernah meletakkan gambar.baiklah,hari ini saya akan pecahkan tradisi itu.




apa yang kamu mula-mula akan nampak? klise kan? sebab semua orang pun dah tahu tentang gambar ni.

satu kesilapan adalah lebih jelas dan menonjol di mata yang melihat berbanding sepuluh kebaikan~
sheesh~