BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 10, 2012

seketika itu #1

ok. nak mulakan edisi baru. di bawah tajuk seketika itu, saya akan memaparkan kenangan-kenangan hidup saya yang saya ingat. oh ya,tak ikut kronologi.

aku seorang pelari.
aku tak suka lama-lama dalam satu perkara.kecuali bermain.
belajar,makan,beli-belah(ditambah pula fakta aku ini lelaki).
apa sahaja.
maka,aku selalu lari kalau keluarga aku gunakan masa yang lama dalam satu-satu perkara.aku masih kecil waktu itu,maka haruslah tak dapat beza perkara itu penting atau tidak.

di majlis konvokesyen ahli keluargaku, sebaik sahaja boleh keluar dewan,aku berlari menuruni tangga.
tapi tok sempat pegang tangan aku.

di kedai apa aku tak ingat,sebab dah bosan,aku berlari menyeberangi jalan.(sila faham bahawa waktu itu tiada kempen suruh lihat kiri kanan kiri sebelum lintas). hanya beberapa saat memisahkan aku dengan kemalangan.

ini kenangan.bila ingat kembali,rasa nak gelak ada,rasa nak marah dengan diri sendiri pun ada.

p/s : :)

0 comments: