BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 20, 2012

done~

baru habis layan marathon LOTR~ kan bagus kalau belajar dan ulangkaji pun bersemangat jitu sebegini! haih!! haha. usai mengemas dan membuang draf-draf lama,rasa seperti mahu letak posts baru pula~

setiap kita melihat sesuatu dari sudut berbeza,kan?
kalau aku kata buku itu bosan kerana banyak tulisan,
bisa saja kau menyanggahku dengan berkata buku itu berguna kerana banyak ilmunya~
kau mahu contoh lain?
jika aku kata perlawanan bola sepak itu sesuatu yang membuatkan aku gembira,
bisa saja kau menolak dengan berhujah 22 orang berada di atas padang berebutkan bola adalah sesuatu yang gila~
maka kadangkala atau kebanyakkan kalinya,kita tidak akan bertemu titik persamaan.
tiada masalah,selagi pendapat kita yang berbeza itu sama-sama diraikan~

p/s ; semua orang salah kecuali saya adalah mentaliti yang perlu diubah~

0 comments: